Jom Buat Duit

Monday 19 March 2012

Rahsia Rihanna atasi rendah diri

RIHANNA kini tidak lagi mengawal pemakanannya.
RIHANNA kini tidak lagi mengawal pemakanannya.

LOS ANGELES: Penyanyi pop dan R&B popular, Rihanna, mempunyai cara tersendiri bagi mengatasi rasa rendah diri pada tubuhnya.
Berbanding sesetengah selebriti yang menjalani pembedahan kosmetik, Rihanna, 24, memilih untuk mendedahkan lebih banyak bahagian tubuhnya.

Penyanyi yang pernah menjadi mangsa belasahan kekasihnya itu berkata, dia berasa kurang selesa dengan bentuk pinggul dan payudaranya.
Keadaan itu, kata Rihanna, lebih terasa jika dia berdepan dengan jurugambar.

“Justeru, untuk mengatasi rasa kurang yakin itu, saya tidak melindungi bahagian tubuh berkenaan, sebaliknya saya mendedahkan untuk tatapan orang ramai.

“Semakin banyak saya dedahkan, semakin saya rasa selesa,” katanya kepada media, semalam.

Rihanna berkata, dia tidak mahu melarikan diri daripada ‘ketakutan’ itu, sebaliknya lebih baik jika dia berdepan dengan kekurangan berkenaan.

“Sejak itu, saya mula semakin berani,” katanya.
Sementara itu, ketika kebanyakan wanita mahukan tubuh yang kurus, Rihanna sebaliknya mahukan tubuh yang berisi.

Kini, media melaporkan, dia tidak lagi mengawal pemakanannya.

“Tanpa badan yang berisi, saya juga tidak memiliki pinggul menarik, atau payudara menawan.

“Adalah lebih baik saya makan apa saja mulai sekarang,” katanya. - TS

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters