Jom Buat Duit

Monday 19 March 2012

Perkahwinan sejenis gugat institusi diraja Britain


LONDON: Britain mungkin memiliki dua ratu di atas takhta jika kerajaan meluluskan undang-undang menghalalkan perkahwinan sejenis.
Ahli Parlimen Konservatif Britain, Peter Bone, berkata akta yang kini dalam proses akhir untuk diluluskan itu boleh menyebabkan institusi raja Britain mengalami krisis.

Katanya, apabila perkahwinan sejenis dibenarkan, Britain mungkin mempunyai seorang ratu yang hidup dengan pasangan sejenis.
“Atau mungkin akan ada raja yang menjadikan lelaki sebagai pasangannya,” katanya kepada media, semalam.

Berdasarkan hujah itu, Bone menuntut sidang khas Komanwel diadakan bagi membincangkan cadangan undang-undang baru itu.

Ahli Parlimen Wellingborough itu berkata, kerajaan David Cameron kelihatan tergesa-gesa mahu meluluskan akta berkenaan tanpa memikirkan kesan meluas daripadanya. Sebelum ini, Bone menghantar surat kepada Menteri Kesaksamaan, Lynne Featherstone, untuk mengingatkan kerajaan terhadap risiko institusi beraja Britain.

Dia juga bertanya sama ada kerajaan Cameron bercadang meminda Akta Perkahwinan Diraja 1772 bagi menghalalkan perkahwinan sejenis.

“Saya terkejut kerajaan mahu meluluskan rancangan ini tanpa berbincang dengan pemimpin Komanwel,” katanya. - TS

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters