Jom Buat Duit

Monday 19 March 2012

Lil Wayne diarah potong rumput


KENNER (Louisiana): Artis hip hop AS, Lil Wayne, diarah memotong rumput yang ada di kawasan rumahnya apabila ia didapati terlalu panjang.
Akhbar tempatan di New Orleans, Times-Picayune, melaporkan pihak berkuasa tempatan menegur penyanyi terbabit kerana tidak menjaga kebersihan kawasan kediamannya seluas 930 meter persegi berhampiran Kenner, Louisiana.

Jabatan Penguatkuasaan Louisiana mengeluarkan saman ke atas Dwayne Carter - nama sebenar Lil Wayne - di antara 26 Februari dan 2 Mac lalu.
Rumah itu dianggarkan bernilai AS$1.7 juta (RM5.2 juta) dan kini dalam proses untuk dijual.

Antara lain, ia mempunyai lima bilik tidur, lima bilik mandi dan “lantai yang luas.” - AP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters