Jom Buat Duit

Thursday 22 March 2012

Penguasaan filem Iran



AKTRES Leila Hatami (kiri) dan penyunting filem Iran, Hayedeh Safiyari teruja dengan kejayaan naskhah arahan Asghar Farhadi, A Separation merangkul empat anugerah termasuk untuk kategori Filem Terbaik.


IMPAK kemenangannya meraih Oscar Filem Asing Terbaik pada Academy Awards di Hollywood, California bulan lalu, filem Iran, A Separation sukses menguasai Asian Films Awards 2012 yang berlangsung di Hong Kong, Ahad lalu.

A Separation menonjolkan kredibilitinya dengan meraih dua anugerah tertinggi majlis anugerah tersebut iaitu Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik menerusi hasil arahan Asghar Farhadi.
Filem Iran pertama yang menggondol Oscar itu menang empat daripada lima pencalonan Asian Films Awards yang diraihnya sebelum ini. Filem itu turut menggondol dua anugerah lain iaitu menerusi kategori penulisan skrip terbaik dan penyunting terbaik.

A Separation hanya gagal dalam satu kategori iaitu untuk Anugerah Aktres Terbaik apabila aktres Leila Hatami kalah kepada aktres veteran Hong Kong, Deanie Ip yang menonjolkan lakonan terbaiknya menerusi filem A Simple Life.
"Anugerah ini sesungguhnya suatu penghargaan yang tidak ternilai," ucap Leila Hatami yang naik ke pentas majlis anugerah mewakili Asghar Farhadi yang tidak dapat hadir pada majlis tersebut.

DONNY DAMARA menjadi kebanggaan negara Indonesia.


Aktor Donny Damara pula membanggakan negaranya, Indonesia apabila merangkul Anugerah Aktor Terbaik menerusi filem Lovely Man.
"Saya mendedikasikan anugerah ini buat kesemua produksi filem Indonesia," ucap aktor berusia 45 tahun itu.

China bagaimanapun mendominasi dengan menang paling banyak anugerah iaitu sebanyak enam anugerah termasuk untuk kategori pelakon baharu terbaik yang dimenangi aktres Ni Ni menerusi filem The Flowers of Wars.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters