Jom Buat Duit

Saturday 10 March 2012

‘Pendakwah pun macam artis juga’

KOTA BHARU: “Sebagai pendakwah, saya seronok kalau dianggap artis kerana saya menggunakan seni pemikiran mengajak orang ramai dekat kepada Islam. Artis ini sebenarnya benda baik, tetapi saya dukacita apabila golongan ini dikaitkan dengan pakaian terdedah dan dadah,” kata Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut Nik Abdul Aziz, beliau kecewa apabila gelaran artis disalah guna sesetengah individu untuk melakukan kegiatan tidak bermoral.

“Ini mendukacitakan apabila ia disalah guna untuk perkara maksiat. Artis benda baik kerana menggunakan seni mereka.
“Islam adalah seni, pemikiran Islam seni, ibadat itu seni termasuk susunan perkataan dalam al-Quran hingga menarik perhatian tokoh bahasa Arab satu ketika dulu,” katanya.

Beliau ditemui selepas sidang media program selebriti sempena Hari Hiburan Islam (HAi) di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, semalam. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Selebriti seperti Oki Setiana Dewi (pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih dari Indonesia), Kapten Hafiz Firdaus Abdullah dan Sharifah Khasif dijemput menghadiri program berbentuk bual bicara itu.

Nik Abdul Aziz berkata, istilah artis juga amat luas namun ia kini ditentukan sebagai individu yang menghiburkan orang ramai.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters