Jom Buat Duit

Friday 23 March 2012

Luna Maya terpikat tauke kafe


JAKARTA: Kisah cinta Luna Maya dan penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel yang putus, semakin hebat diperkatakan.
Malah, kini Luna pula k dikatakan menjalinkan hubungan cinta baru dengan seorang pengusaha kafe.

Penyanyi itu juga dikatakan sering menghabiskan masa di kafe kekasih barunya.

Sumber berkata, Luna Maya sering ke kafe itu dan biasanya pada waktu malam.
Dia dikatakan baru menjalani hubungan cinta itu.

Pengurus selebriti itu juga mengelak apabila diminta untuk mengesahkan hubungan cinta mereka.

Vitalia Ramona ketika dihubungi berkata, “Tanya terus kepada empunya diri.”

Sejak hubungan cinta antara Luna Maya dan Ariel dikatakan putus, kedua-duanya seperti sudah mendapat pasangan baru.

Momo “Geisha” dikatakan semakin rapat dengan Ariel dan penyanyi itu juga tidak menafikannya.

Tetapi, Momo berkata, hubungannya dengan Ariel menjadi rapat kerana mereka sama-sama bekerja untuk satu projek muzik. - Detikhot

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters