Jom Buat Duit

Friday 23 March 2012

Akhbar China kecam AS


BEIJING: Sebuah akhbar terkemuka China semalam mengecam tindakan Amerika Syarikat mengehadkan perdagangan minyak Iran yang boleh menyebabkan bank China dikenakan sekatan.
Akhbar People’s Daily berkata, tindakan sebelah pihak itu bukan saja salah tetapi boleh meningkatkan ketegangan berhubung program nuklear Iran.

Amerika Syarikat mengecualikan Jepun dan 10 negara Eropah daripada dikenakan sekatan kewangan kerana negara terbabit sudah mengambil langkah mengurangkan pembelian minyak dari Iran.
Bagaimanapun, pelanggan utama Iran, China dan dan India masih terdedah kepada sekatan.

Dalam rencana pengarangnya, akhbar berkenaan berkata, Amerika Syarikat bertindak terhadap Iran untuk memenuhi kepentingannya sendiri.

Ia juga berkata, China berhak untuk mengimport minyak dari Iran. - AP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters