Jom Buat Duit

Saturday 17 March 2012

Kolam ragut mangsa ke-3

 Sekadar Gambar Hiasan

KLANG: “Biarlah anak saya menjadi mangsa terakhir dan saya menjadi orang terakhir kehilangan anak selamanya di kolam takungan itu,” kata Shamsulliza Mat Isa, 42, ibu kepada Mohd Aiman Hakimi Nazril, 12, mangsa ketiga ‘korban’ kolam takungan terletak kurang 50 meter dari Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, di sini, 9 Mac lalu.
Shamsulliza berkata, arwah anaknya belajar di sekolah berkenaan ditemui mati lemas oleh orang ramai kira-kira jam 1.45 tengah hari ketika orang ramai menunaikan solat Jumaat.

Katanya, dia reda dengan pemergian anak lelaki tunggalnya itu, tetapi terkilan mengapa kolam takungan seperti itu berada terlalu dekat dengan kawasan padang sekolah dan boleh mengundang bahaya.
“Saya tidak menyalahkan pihak sekolah dalam isu ini kerana saya melihat sendiri pagar sudah dibina, tetapi sekadar pagar dawai yang boleh digunting dan memudahkan kawasan kolam dimasuki orang ramai, terutamanya pelajar. “Malah, lebih meruntun hati saya, arwah adalah mangsa ketiga mati lemas di kolam itu. Tapi, mengapa pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak mengambil sebarang tindakan sewajarnya sehingga kini,” katanya.

Manakala, bapa arwah Aiman, Nazril Mansor, 37, berkata, dia diberitahu pihak sekolah pernah membuat aduan mengenai kolam berkenaan kepada pihak MPK pada tahun 2009.

Namun, sehingga kini masalah pagar gagal diselesaikan sehinggalah anaknya menjadi mangsa ketiga di kolam itu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters