Jom Buat Duit

Saturday 17 March 2012

Godaan RM70 ‘ting-ting’

KOTA KINABALU: Berbekalkan wajah cantik dan susuk tubuh menarik, dua wanita belasan tahun ligat memikat lelaki dengan menawarkan khidmat seks sebelum mengambil kesempatan untuk mencuri barangan dan wang mereka di Kampung Air, di sini.

Namun, kelicikan kedua-dua suspek yang berusia 16 dan 19 tahun yang popular dengan gelaran ‘ting-ting’ itu berakhir Selasa lalu apabila dicekup polis selepas pelanggan mereka membuat laporan polis kerana disamun.


Terdahulu, dalam kejadian pada jam 7.45 malam, kedua-dua mangsa yang juga rakan sekerja dikatakan terpedaya dengan wanita berkenaan yang mengaku menawarkan perkhidmatan seks dengan harga murah iaitu RM70.

Selepas bersetuju, mangsa bersama suspek masuk ke bilik khas masing-masing sebelum wanita berkenaan berbaring di atas katil dan menutup lampu.

Ketika sedang asyik bermesra dalam keadaan separuh bogel, seorang lelaki yang juga kenalan suspek menyusup ke dalam kedua-dua bilik melalui pintu rahsia dan melarikan dompet dan telefon bimbit mangsa di dalam poket seluar.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters