SUBANG – Syarikat penerbangan komuniti, Firefly akan memperkenalkan semula surcaj bahan api bagi tempahan penerbangan yang dibuat dari 21 Mac ini bagi mengimbangi harga bahan api jet yang tinggi secara berterusan.
Ketua Pegawai Operasi Firefly dan Penerbangan Jarak Dekat Malaysia Airlines, Ignatius M.C. Ong berkata, surcaj bahan api RM10 akan dikenakan bagi perjalanan domestik untuk setiap laluan manakala RM20 dikenakan untuk laluan serantau.
Bagaimanapun, kesemua tempahan penerbangan yang dilakukan sebelum 21 Mac tidak akan dikenakan surcaj itu.
No comments:
Post a Comment