Jom Buat Duit

Thursday 22 March 2012



DALGLISH (kanan) ternyata gembira apabila Suarez membuat keputusan untuk kekal lebih lama di Anfield. 

LONDON - Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish menyambut baik kesediaan penyerang Uruguay, Luiz Suarez yang mahu kekal menyarung jersi skuad The Reds.
Terdahulu, Suarez dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin menyatakan bahawa dia mahu terus kekal di Anfield.

Menurut Suarez, dia percaya The Reds tidak akan membuat keputusan untuk menjualnya hanya disebabkan dia terlibat dengan pelbagai kontroversi musim ini.
Sebelum ini, penyerang berusia 25 tahun itu telah digantung lapan perlawanan selepas didapati bersalah melemparkan kata-kata berunsur perkauman terhadap tonggak pertahanan Manchester United, Patrice Evra tahun lalu.

Sejak itu, Suarez dikatakan bakal meninggalkan Anfield sebaik saingan musim ini berakhir.
Bagaimanapun, Suarez yang masih memiliki kontrak bersama Liverpool sehingga 2016 menjelaskan, dia berasa gembira sepanjang menjalani kehidupan di Merseyside.

Bagi Dalglish, kesediaan Suarez untuk kekal beraksi bersama The Reds merupakan satu petanda positif buat kelab itu.
"Suarez sentiasa mengatakan dia gembira berada di sini (Anfield). Jadi ia adalah suatu yang baik buat penyokong-penyokong kami.
"Kami sangat gembira dengan kenyataan yang dikeluarkan Suarez itu, malah kami juga gembira sejak dia beraksi bersama kami.
"Suarez telah memberi banyak sumbangan kepada pasukan setiap kali dia diturunkan.
"Dia menjaringkan gol, mencipta peluang bagi menjaringkan gol dan ia merupakan satu berita gembira apabila dia mengatakan gembira bersama kami," kata Dalglish. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters