TUMPUAN peminat sukan permotoran dunia akan terarah ke Litar Albert Park, Melbourne hari ini.
Beberapa kejutan pasti berlaku pada saingan pembukaan musim perlumbaan Formula Satu (F1) tahun ini.
Grand Prix (GP) Australia menjanjikan satu perlumbaan yang menarik
kerana beberapa pasukan bakal menampilkan barisan pelumba dan jentera
baharu.
Pemandu Red Bull Racing, Sebastian Vettel perlu berada pada prestasi
terbaik sekiranya berhajat untuk menyertai Juan Manuel Fangio dan
Michael Schumacher sebagai pemandu yang memenangi tiga gelaran juara
dunia berturut-turut.
Penampilan semula Kimi Raikkonen bersama Lotus turut melakar sejarah baharu dalam perlumbaan F1.
Buat pertama kalinya, enam pemandu yang pernah memegang status juara
dunia akan berada di garisan permulaan dalam satu musim mencabar dengan
rekod 20 perlumbaan.
GP Bahrain kembali disenaraikan sele- pas dibatalkan tahun lalu kerana pergolakan politik di negara tersebut.
Selain itu, GP Amerika Syarikat di Austin, Texas turut dimasukkan dalam kalendar F1 musim ini selepas lima tahun digugurkan.
Vettel yang melakar sejarah menjadi pemandu termuda memenangi dua
gela- ran juara dunia pada usia 24 tahun, meme- nangi 11 daripada 19
perlumbaan musim lalu.
No comments:
Post a Comment