JAKARTA: Penyanyi Momo “Geisha” sering mengunjungi Ariel di Penjara
Kebon Waru di Bandung, Jawa Barat tetapi ia bukan kerana mereka
bercinta.
Kedua-duanya kerap bertemu untuk bekerjasama dalam muzik.Momo, vokalis kumpulan Geisha itu tidak mahu memberi komen ketika ditanya.
Dia berkata, pertemuannya dengan Ariel, vokalis kumpulan Peterpan itu, selalu ditemani produser atau rakan lain.
“Saya ke sana bukan semata-mata bertemu Ariel kerana mereka juga bercadang mahu mengeluarkan album dan saya turut perlu menyesuaikannya dengan jadual saya,” katanya.
Momo atau nama sebenarnya Narova Morina Sinaga berkata, hubungannya dengan Ariel hanya atas urusan kerja tetapi enggan mengulas lebih lanjut mengenai kerjasama mereka.
“Saya bukan bekerjasama dengan Ariel saja tetapi kumpulan Peterpan. Tunggu saja projeknya selesai,” katanya.
Namun begitu, Momo tidak menafikan Ariel seorang lelaki yang menarik dan dia adalah seorang daripada peminat penyanyi itu.
“Saya suka dengan suaranya dan lagu kumpulan Peterpan, tapi jangan buat cerita saya tertarik dengan Ariel,” katanya.
Katanya, dia tidak mahu bercerita mengenai soal peribadi walaupun tiada siapa yang melarang. - Detikhot
No comments:
Post a Comment