Jom Buat Duit

Friday 16 March 2012

Reina tabik Suarez


SUAREZ berhak untuk diberi pujian meskipun hanya meledakkan satu gol dalam lapan perlawanan terakhir bersama Liverpool.

LIVERPOOL - Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina mengakui rakan sepasukan- nya, Luis Suarez berhak diberi pujian sama seperti kapten, Steven Gerrard.
Gerrard kembali mencuri tumpuan selepas meledak hatrik untuk membantu skuad The Reds menewaskan Everton 3-0 pada aksi Liga Perdana England kelmarin.

Reina berkata, meskipun Suarez hanya meledak satu gol dalam lapan perlawanan terakhir bersama Liverpool, dia memainkan peranan penting, sekali gus membantu Gerrard menjaringkan dua gol terakhir dalam perlawanan itu.

"Tahniah buat Gerrard kerana dia sudah menemui semula sentuhan sebe- nar.
"Namun, pada masa sama, saya rasa Suarez juga berhak menerima kredit atas kerja kerasnya dalam perlawanan itu.

"Kadangkala, penyerang dikatakan tamak sekiranya terlalu ghairah untuk menjaringkan gol tetapi tidak bagi Suarez. Dia adalah kunci utama kejayaan pasukan ini," kata Reina.
Meskipun mencatat kemenangan bergaya ke atas Everton, skuad bimbingan Kenny Dalglish itu masih ketinggalan 10 mata di belakang pasukan di tangga keempat, Arsenal.
Namun, Reina percaya mereka tidak akan mengalah, sekali gus berazam untuk memberikan tekanan kepada skuad The Gunners.

"Ia suatu tugas yang cukup sukar. Kami harus bersikap realistik berhubung perkara ini.
"Namun, pada masa sama, kami tidak akan mengaku kalah sehingga ke penghujung musim," katanya. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters