LOS ANGELES: Anak perempuan Whitney Houston, Bobbi Kristina, bercadang mengikut jejak langkah penyanyi itu menceburi dua bidang hiburan.
Dalam temubual pertama sejak kematian Whitney bulan lalu, Bobbi juga berkata, dia masih “terdengar” suara ibunya dari semasa ke semasa.
“Saya rasakan dia berada berhampiran saya sepanjang masa.
“Lampu terpasang dan tertutup dan saya seperti bertanya: Mak, apa yang kamu buat? “Saya masih boleh ketawa dan bercakap dengan dia,” katanya dalam program bual bicara dengan Oprah Winfrey, semalam.
Ditanya sama ada Bobbi akan mengikut langkah Whitney dalam dunia hiburan, dia berkata, legasi itu perlu diteruskan.
Katanya, dia akan membabitkan diri dalam dunia seni suara, selain berlakon dan menari.
“Tekanan memang banyak, tapi ibu mempersiapkan saya untuk menghadapinya,” katanya.
Bagi Bobbi, Whitney seperti ‘bidadari.’ “Saya melihatnya terluka, menangis tapi kami melalui kesukaran itu bersama-sama,” katanya.
Album Whitney yang mengandungi lagu I Will Always Love You terjual lebih 170 juta di seluruh dunia sepanjang tempoh hampir tiga dekad dia aktif dalam bidang hiburan.
Walaupun berjaya sebagai selebriti, kehidupan peribadi Whitney sering berdepan masalah, termasuk membabitkan pengambilan dadah dan krisis rumah tangga.
Sementara itu, ipar Whitney, Patricia Houston, berkata kematian penyanyi itu memang dapat dijangka dan kemungkinan ia disebabkan dadah.
“Ia memang ketara dan saya pasti menipu jika berkata sebaliknya,” katanya.
Keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian Whitney belum dikeluarkan lagi setakat ini. - AFP
No comments:
Post a Comment