Jom Buat Duit

Saturday 17 March 2012

Bertenaga, kreatif

PENANGAN kumpulan muzik Pop Korea (K-Pop) membuktikan ramai peminat terutama remaja wanita sanggup berjemur dan menunggu berjam-jam semata-mata mahu menyaksikan konsert mereka.
Apapun, fenomena baru K-Pop tiba kali ini bukan datang dari Korea tetapi aksi hebat tarian dan nyanyian tujuh anggota kumpulan Smash dari Jakarta, Indonesia.

Mereka akan menjayakan ‘showcase’ sebanyak lima lagu dan bertemu peminat di ruang legar Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur, jam 2 petang, hari ini.

Kumpulan ditubuhkan dua tahun lalu yang pada asal�nya hanya tiga ahli tetapi kini sudah ada tujuh anak muda berusia antara 16 hingga 25 tahun.

Kumpulan Smash terdiri daripada Morgan, Rangga, Rafael, Dicky, Reza, Ilham dan Bisma. Rangga adalah satu-satunya berketurunan Eropah dilahirkan di Vooburg, Belanda. Kebanyakan mereka masih menuntut di sekolah dan universiti.

Kata Rafael, kehadiran mereka julung kali ke Malaysia untuk mempromosikan lagu daripada album mereka pada showcase itu nanti.

“Ramai peminat Malaysia mengikuti perkembangan semasa kami. Apa cuba ditonjolkan adalah memberi persembahan positif penuh menghiburkan kepada mereka. Kami juga tidak sabar mahu menyanyikan lagu ciptaan komposer Malaysia, Audi Mok pada persembahan itu nanti,” katanya.

Lima terbabit adalah Ada Cinta, Akhiri Saja, Senyum Semangat, Selalu Bersama dan single popular mereka bertajuk I Heart You.

Smash yang diambil daripada singkatan ‘Seven Men As Seven Heroes’ yang memperjuangkan pop-dance dan muncul dengan album pertama bertajuk Smash yang berada dalam pasaran sejak 25 Oktober tahun lalu.

Album ini terjual lebih sejuta unit dalam tempoh enam bulan di pasaran.

Kata Rangga, Smash berterima kasih terhadap sokongan peminat tegar yang memberi sokongan padu kepada penjualan album terbabit.

“Sekalipun berdepan pelbagai cabaran sukar isu cetak rompak berleluasa, album dalam format fizikal masih terjual dengan baik. Sekurang-kurangnya peminat kami faham usaha untuk memerangi cetak rompak dan mendapat kepuasan sebenar mendapatkan CD asli,” katanya.

Kata Reza selaku ‘rap�per’ dan paling nakal di kalangan anggota kumpulan Smash, mereka adalah sebuah kumpulan bertenaga, kreatif dan ada cara tersendiri.

“Dengan pangkalan peminat kini berada di Singapura dan Brunei, kami juga mahu menempa nama antara artis Indonesia berada di Malaysia selepas Rossa, Agnes Monica dan beberapa yang lain. Kami juga berharap dapat melancarkan album kedua kami pada pertengahan Jun ini.

“Kami mahu membuktikan muzik dance dan K-Pop boleh memberikan impak positif jika dipandang dari sudut yang bagus. Dengan populariti dan pengaruh berbeza ditonjolkan berbeza, K-Pop ada imej, jiwa segar dan pengaruh tersendiri yang memberi impak kepada hiburan generasi baru,” katanya.

Smash menjadikan kumpulan dari Korea sebagai inspirasi mereka dari segi penampilan dan tarian.

Selain itu, mereka turut berbakat dalam bidang lakonan menerusi Sinetron Cinta Cenut Cenut 2 dibintangi semua tujuh anggota kumpulan ini. Sinetron ini sedang ditayangkan di Astro Indopek. Single Ada Cinta pula yang disiarkan di laman youTube kini mencatat hit lebih 500,000 penonton.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters