Jom Buat Duit

Thursday 22 March 2012

559 Pelajar dapat semua A+


PUTRAJAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 menunjukkan peningkatan apabila seramai 559 daripada 468,808 calon yang mendaftar memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran, berbanding 403 calon pada tahun sebelumnya.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata, 506 daripadanya calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), manakala 53 calon membabitkan sekolah selain KPM.

Menurutnya, secara keseluruhan pencapaian calon dalam peperiksaan itu kali ini amat membanggakan berdasarkan Indeks Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 5.04, berbanding 5.19 pada 2010. “Saya percaya peningkatan ini disebabkan usaha gigih semua pihak terutama pihak sekolah dan ibu bapa dalam pendidikan pelajar,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan SPM di sini, semalam. Tahun lalu sejumlah 468,808 calon menduduki peperiksaan itu, dengan 412,028 calon daripadanya dari sekolah KPM.
Abd Ghafar berkata, pihaknya turut mendapati ada peningkatan pada calon berkeperluan khas dalam peperiksaan itu iaitu seramai 662 calon, berbanding 629 calon pada tahun sebelumnya.

Malah katanya, daripada jumlah itu 343 calon mendapat sijil SPM, berbanding 319 calon pada 2010, dengan tiga calon rabun, seorang calon cacat pendengaran serta tiga calon jenis kecacatan lain mendapat gred A dalam semua mata pelajaran. “Kejayaan mereka menunjukkan tanpa mengira kekurangan, calon berkeperluan khas berpeluang mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan SPM,” katanya. Beliau berkata, berdasarkan GPN calon luar bandar juga bertambah baik sebanyak 0.13 iaitu daripada 5.52 pada 2010 kepada 5.39 pada 2011. “Pencapaian calon bandar sebanyak 0.22 iaitu daripada 4.89 pada 2010 kepada 4.67 pada 2011. Jurang pencapaian calon bandar dengan luar bandar juga bertambah baik sebanyak 0.09,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters