Jom Buat Duit

Sunday 12 February 2012

Russell Brand diserang migrain atas pentas



LOS ANGELES: Pelawak Russel Brand bimbang dengan keadaan kesihatannya ekoran perceraian dengan isteri, Katy Perry selepas dia diserang migrain di atas pentas, semalam.
Brand, 36, mengejutkan penonton apabila dia memberitahu tidak sihat ketika membuat persembahan.

“Saya berasa sakit dan memerlukan pil tahan sakit. Maaf kerana saya rasa loya dan tidak sihat,” katanya. Brand membuat persembahan di Panggung ComedySportz di Hollywood ketika itu.
Bagaimanapun, dalam separuh masa persembahan 90 minit di hadapan 80 penonton itu, dia meminta maaf kerana berasa tidak sihat.

“Saya bimbang ia mungkin tahap awal migrain. Saya sering mendapat serangan ini,” katanya.

Dia kemudian diberikan pil tahan sakit oleh pembantunya di tepi pentas sebelum meneruskan persembahan.
Media semalam melaporkan Katy menandatangani dokumen perceraian mereka dengan senyuman. - DM

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters