Jom Buat Duit

Sunday 12 February 2012

Macaulay Culkin muncul selekeh temui peminat



HOLLYWOOD: Satu ketika dahulu, dia adalah bintang comel paling berjaya melalui filem Home Alone.
Bagaimanapun, Macaulay Culkin, 31, kini muncul selekeh dan tidak terurus ketika menyapa peminat di New York, kelmarin. Dengan rambut tidak bersikat dan janggut tidak diurus, Culkin kelihatan seperti orang sakit.

Satu sumber berkata Culkin dilihat sering muncul di kelab malam sekitar Hollywood. Bagaimanapun, jurucakap aktor itu, berkata, Culkin dalam keadaan sihat. Culkin pernah muncul sebagai bintang kanak-kanak paling berjaya di Hollywood apabila mendapat bayaran AS$6.3 juta (RM20 juta) untuk filem Richie Rich pada 1994.
Namun, karier pelakon itu merudum selepas terbabit dengan dadah dan mengalami pelbagai tragedi dalam hidupnya, termasuk kehilangan kakaknya akibat nahas jalan raya. - DM

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters