Jom Buat Duit

Sunday 12 February 2012

Hidup saya kini lebih indah: KD

KD bahagi masa urus anak, kerjaya.
KD bahagi masa urus anak, kerjaya.

JAKARTA: Sebelum berkahwin dengan Raul Lemos, artis Kris Dayanti memang seorang penyanyi yang terkenal. Walaupun kini tinggal di Dili kerana mengikuti suaminya yang mempunyai perniagaan di sana, dia tetap terus berkarier.
Kris Dayanti atau lebih dikenali sebagai KD memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk terus berkarier kerana Raul memberikan sepenuh sokongan kepadanya.

“Alhamdulillah dari tahun lalu selepas menikah dan melahirkan anak, hidup saya sangat bahagia. Sampai sekarang saya masih menyusukan anak, tetapi suami memberi izin untuk meneruskan karier asalkan pandai membahagi waktu,” katanya ketika ditemui di Alfamart Podomoro City di Jakarta Barat, kelmarin. KD yang ditemui untuk acara ‘Meet and greet’ album kompilasi Bebi Romeo berasa kehidupannya semakin bahagia dan penuh warna-warni selepas berkahwin dengan Raul dan mempunyai anak. “Saya bahagia kerana hidup saya kini jauh lebih indah. Sekarang saya menguruskan bayi seorang diri. Kalau dulu ibu banyak membantu menguruskan anak tetapi kini ibu saya sakit, jadi saya perlu menguruskan Amora sendiri,” katanya. Walaupun sibuk mengasuh bayi, KD tetap memberi tumpuan kepada singlenya yang akan diterbitkan dalam waktu terdekat ini. - KL

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters