Jom Buat Duit

Sunday 12 February 2012

Jericho Rosales Terima Anugerah



SIAPA tidak kenal pelakon kacak, Jericho Rosales yang dulunya sering menghiasi kaca televisyen hinggakan wanita di Malaysia tergila-gilakannya. Walaupun jejaka itu sudah mempunyai buah hati, dia masih menjadi kegilaan.
Ternyata Jericho mengembangkan sayapnya ke Hollywood apabila menyertai program Filem Hollywood mempertaruhkan filem Subjek: I Love You. Atas usaha itu, Jericho atau nama sebenar, Jericho Viber Rosales menerima penghargaan daripada Suruhanjaya Kebangsaan Kebudayaan dan Kesenian atas jasanya membawa nama negara itu ke mata dunia.

Anugerah itu bakal diterima pelakon bermata kuyu itu ketika Festival Seni Filipina 2012 yang berlangsung bulan ini sempena Bulan Seni. Apapun, pelakon kacak yang dipanggil Echo ini berasa dirinya belum layak kerana berasakan perkara dilakukannya kecil saja.
Bagaimanapun, dia tidak menolak penghargaan yang diberi, mala menjadi pendorong supaya terus mempertahankan budaya serta kesenian Filipina dan berharap ia menjadi contoh untuk artis lain dan remaja.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters