Jom Buat Duit

Sunday 12 February 2012

Imran Khan Rindu Dengan Isteri



PELAKON India-Amerika, Imran Khan, 29, sedih apabila tidak dapat menyambut hari kekasih dengan isterinya, Avantika, yang baru dinikahi tahun lalu. Ini semua adalah gara-gara memenuhi komitmennya dengan promosi filem Ek Main Aur Ekk Tu.
Anak saudara Aamir Khan ini juga sibuk dengan penggambaran filem Matru Ki Bijlee Ka Mandola arahan Shakun Batra pada 14 Februari ini. Memegang watak utama, Imran berharap masih ada ruang untuk dia bersama isterinya walau hanya sebentar.

Katanya, dia bertuah mempunyai isteri yang sangat memahami perjalanan kerjaya seninya. Mungkin usia percintaan mereka sebelum mengambil keputusan besar untuk mendirikan rumah tangga cukup untuk membuatkan mereka saling memahami.
“Filem ini sangat istimewa bagi diri saya kerana bukan masa yang singkat saya mengenali Shakun. Agak lama juga masa diambil untuk menghasilkan skrip bagi filem ini, tetapi saya berbangga akhirnya ia bakal ditayangkan.

“Saya memegang watak utama sebagai Matru digandingkan dengan Kareena Kapoor. Ia sebuah filem romantik dan bakal ke layar perak bulan ini,” katanya.

Meminati Kareena, Imran berkata, dia sangat teruja dapat bekerjasama dengan pelakon berbakat besar itu. Ketika mengetahui Kareena bakal menjadi gandingannya, Imran bertuah kerana menjadi antara yang terbabit dengan filem itu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters