Jom Buat Duit

Saturday 18 February 2012

Duit punca Angie mohon cerai



JAKARTA: Berita terbaru mengenai hasrat Angelina Sondakh mahu memohon cerai daripada suaminya Adjie Massaid, semakin tersebar.
Khabarnya, masalah wang merupakan sebab mengapa Angelina meminta cerai.
Perkara itu diberitahu oleh peguam Adjie, Elza Syarif ketika ditemui di pejabatnya di Menteng, Jakarta Selatan, semalam.

Menurut Elza, peguam Angelina, Sheila Salomo menghubunginya pertengahan tahun lalu dan memberitahu mengenai hasrat Angelina untuk meminta cerai daripada suaminya.


“Katanya “Minta tolong pujuk Adjie kerana Angelina mahu bercerai.” Mereka sering bergaduh kerana masalah wang,” katanya.

Namun begitu, Adjie tetap mahu mempertahankan rumah tangganya kerana tidak mahu menanggung malu kerana perkahwinannya ini juga gagal. Sebelum ini dia pernah berkahwin dan bercerai dengan Reza Artamevia.

Selain daripada masalah wang, mereka sering bergaduh kerana Angelina dikatakan kurang memberi perhatian kepada anak mereka.

“Saya pernah mengingatkan dia (Angelina). Dia ego dan berbelanja masak hampir Rp 1 bilion (RM3,380). Baju anak saya sempit tapi dia tak langsung fikirkan mengenainya. Dia sebagai ibu langsung tidak fikirkan anak saya,” kata Elza yang memetik kata Adjie kepadanya. - Detikhot

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters