Jom Buat Duit

Monday 13 February 2012

Dina Nadzir gembira tapi gementar



LAKONANNYA yang ber�kesan dan berjaya meninggalkan impak kepada penonton dalam pementasan teater muzikal Dreamgirls sebelum ini menjadi faktor utama bakatnya disunting.
Siapa sangka, Dina Nadzir adalah antara wajah baru yang mewarnai pementasan Cuci The Musical Last Kopek bagi melakonkan watak penting, Farah yang sebelum ini pernah dibawakan Adibah Nor dan Jaclyn Victor.

Jelasnya, panggilan yang diterima daripada Hans bagi menawarkan watak Farah kepadanya bagai bulan jatuh ke riba.

“Sejak beraksi untuk Dreamgirls, saya memang sudah jatuh cinta dalam pementasan teater muzikal komersial yang dilakukan di gelanggang berprestij seperti Istana Budaya. �
Saya merasakan ia lebih membuatkan saya puas dan seronok apabila berpeluang menghidupkan sesebuah watak lengkap dengan menari dan menyanyi.

“Lantas apabila saya ditawarkan untuk watak Farah, saya terus menjerit kerana terlalu seronok.

Sebelum ini saya hanya ketawa saja menonton musim yang pertama dan kedua, namun siapa sangka kali ini saya pula di atas melakonkan karakter itu. Pastinya ia adalah satu peluang yang mustahil untuk saya persiakan.

“Insya-Allah saya akan memberikan sesuatu yang berbeza dan menarik untuk peminat setia siri pementasan ini,” katanya.

Tambah Dina yang menyifatkan peluang membintangi Cuci The Musical Last Kopek adalah satu ruang terbaik untuk terus mengukuhkan nama dan bakatnya.

“Jujurnya saya begitu gemuruh kerana karakter ini tidak semudah dilihat.
Bayangkan ia pernah dijayakan dengan Adibah Nor dengan hebat dan kemudiannya Jaclyn Victor. Lantas saya begitu bimbang jika tidak dapat melakonkan dengan baik terutamanya soal jenaka yang langsung tidak pernah saya lakukan sebelum ini.

“Mujur Hans banyak membantu dan begitu juga dengan Harith yang tidak pernah kedekut ilmu dalam membentuk lakonan saya. Apa yang penting mereka inginkan saya membawa watak Farah dengan gaya sendiri dan tidak perlu terikat dengan yang sebelum ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters