Jom Buat Duit

Monday 13 February 2012

Ain arah filem sendiri



KEBERANIANNYA berkemban untuk poster filem Suatu Malam Kubur Berasap sememangnya menjadi bahan kritikan serta perbualan banyak pihak. Pelbagai tohmahan yang melampaui batasan sehingga membabitkan nama keluarganya turut dilemparkan. Semuanya ini diterima dengan hati terbuka oleh Nurul Ain Nordin gara-gara kealpaan sendiri.

Menyedari kesilapan yang dilakukan, episod hitam ini mahu terus dilupakan oleh pelakon berusia 23 tahun ini. Dia nekad menarik diri sebagai artis residen outLOUD Studios walaupun hanya sempat membinta�ngi satu filem terbitan produksi ini. Berbekal sema�ngat kental, Ain yang berkelulusan Diploma Teknologi Kreatif Artistik Perfileman dari UiTM Shah Alam, akan tampil mengarahkan filem pertamanya.

Filem berjudul Oh Mak Kau (OMK) ini akan diterbitkan oleh syarikat miliknya Star Scope Production Sdn Bhd yang ditubuhkan dengan rakan kongsi dan bakal memulakan penggambaran pertengahan Mac. Membariskan ramai pelakon komedi seperti Sepahtu, Abon, Didie Alias, Syamsul Yusof dan dirinya sendiri, Ain sekali lagi mengundang bahan perbualan masyarakat.

Tentunya ramai mempertikaikan pengalamannya yang masih hijau namun sudah berani mengarah filem sendiri. Tidak terlepas menjadi perhatian ialah daripada sumber mana dia mendapat modal untuk menubuh�kan syarikat kerana bukan calang-calang jumlah perlu dikeluarkan untuk membiayai sebuah filem.
“Saya tinggalkan outLOUD selepas memikirkan tak sesuai bernaung di bawah mereka. Tiada keserasian serta pelbagai faktor lain buatkan saya berani ambil tindakan ini. Saya rasakan mental tak kuat untuk menerima tekanan dan keputusan ini adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, saya tak bergaduh dengan mereka.

“Tak dinafikan ketika keluar dulu saya tiada sebarang tawaran. Syukur keadaan mula berubah apabila saya dikurniakan rezeki yang lebih baik sekarang. Kertas cadangan saya yang dihantar kepada seorang individu rupanya diberi perhatian apabila dia terbuka hati untuk membiayai modal menubuhkan syarikat serta menghasilkan filem pertama ini.

“Saya tidak terus berikan jawapan sebaliknya bertanya diri sendiri sama ada mampu atau tidak menggalas tanggungjawab ini. Saya juga bertanyakan pendapat kawan-kawan dan ternyata mereka banyak memberikan semangat. Sekarang kami ada agenda sendiri untuk memeriahkan dunia seni.

“Individu ini bukan daripada kalangan orang industri yang terlalu sangat nak cari duit tapi mereka berhasrat mencari sesuatu yang industri inginkan. Tiada isu tajaan timbul kerana ia diperoleh daripada titik peluh sendiri. Saya juga menjadi rakan kongsi dan ada bahagian dalam syarikat,” kata Ain.

Sedar kebolehannya mengarah dipertikaikan, Ain berkata dia bukanlah orang baru dalam bidang seni. Walaupun masih hijau dalam lakonan, dia banyak terbabit sebagai tenaga kerja belakang tabir dengan syarikat produksi.

“Saya memang belajar dalam bidang pengarahan. Tahun 2007, saya bekerja di belakang tabir sebagai pembantu pengurus produksi untuk beberapa syarikat. Saya juga pernah jadi penolong pengurus produksi untuk telefilem Maisarah. Dari sini saya banyak menimba pengalaman dalam penerbitan program.

“Dalam lakonan pula, saya kerap berlakon sebagai pembantu antaranya dalam filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie, telefilem Maisarah, Cinta Medik 2 dan banyak lagi. Saya tahu beza antara belajar dan praktikal lain. Tapi saya dah ada pengalaman mengarah program 13 episod berjudul Setulus Kasih yang dihasilkan dengan kerjasama Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk siaran RTM nanti.

“Saya yakin dengan barisan tenaga kerja yang ada nanti, pembikinan filem OMK akan berjalan lancar. Produksi adalah berkenaan pasukan dan segala kejayaan bergantung kepada kerjasama semua. Lebih 20 tenaga kerja daripada gabungan orang baru dan lama akan terbabit nanti.

“Saya diberi peluang dan apa salahnya saya juga bagi peluang kepada orang lain untuk membuktikan kebolehan mereka dan cari rezeki. Saya anggap ini rezeki saya dan semua yang terbabit nanti. Memang mulanya saya tak yakin untuk mengarah namun selepas ambil pandangan kawan-kawan, inilah masanya untuk saya tunjukkan kebolehan sebenar.
“Saya pilih untuk buat filem komedi kerana genre ini dekat dengan kita. Lagipun ini yang penonton inginkan. Memang saya nampak seperti gila kuasa kerana sayalah penerbit, pelakon dan pengarah. Sepatutnya tugas pengarahan diberikan kepada orang lain, tapi bajet kami tak besar dan pilihan yang ada ialah saya mengarahkan sendiri.

“Seperti saya katakan, tugas ini sangat berat dan banyak kerja perlu saya buat terutamanya kajian. Jangan letakkan harapan terlalu tinggi namun saya harapkan soko�ngan peminat terhadap ‘bayi sulung’ saya ini. Saya boleh terima kritikan tapi biarlah ia membina dan tak me�nyentuh keluarga saya,” katanya.

Percubaan sulung Ain mendapat suntikan moral terutama daripada Didie Alias yang banyak meniup semangat. Tidak terkecuali kesudian Syamsul Yusof berlakon dianggap satu penghargaan yang tidak terhingga buatnya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters