Jom Buat Duit

Wednesday 22 February 2012

Bekas juara dunia dikecam langgar anjing



SINGAPURA: Bekas juara boling dunia menjadi sasaran kemarahan di Internet semalam, selepas dia didakwa melanggar seekor anjing dengan kereta Porsche dan membiarkan ia mati.
Gambar bangkai anjing hamil itu terbaring di jalan selepas dirempuh Remy Ong tersebar di Internet dan menarik perhatian meluas.

Cebisan nombor pendaftaran kereta Ong kelihatan tercicir di sebelah bangkai haiwan itu.
Laporan media dan aktivis hak haiwan mengenal pasti pemilik kenderaan itu adalah Ong yang pernah memenangi kejuaraan perseorangan di Kejohanan Boling Dunia di Korea pada 2006.

Media melaporkan, Ong, 33, mengaku melanggar anjing liar itu dan memohon maaf atas tindakannya.

Kritikan di Internet bertumpu kepada kegagalan Ong berhenti untuk membantu anjing berkenaan. Antara pengkritik itu menulis: “Kita mengharapkan atlet menjadi manusia yang terhormat dan berintegriti tetapi tindakan Ong mendedahkan kelemahan watak yang serius.” - ST

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters