Jom Buat Duit

Tuesday 3 January 2012

Nabila pegang watak 50 tahun




SEKIAN lama tidak menghiasi kaca TV tempatan, pelakon sensasi berbakat besar, Nabila Huda Suhaimi, 28, bakal kembali menyinari persada seni tahun ini.
Buat masa sekarang, dia sedang menjalani peng�gambaran drama rantaian untuk siaran slot Samarinda di TV3 berjudul Pelangi Kasih. Drama terbaru lakonannya itu turut dibintangi Puteri Sarah Liyana, Beto Kusyairy dan Johan As’ari. 
Drama yang mengisahkan hubungan tiga sahabat sejak kecil lakonan Nabila, Beto dan Puteri Sarah.

Pelbagai konflik dan permasalahan berkaitan persahabatan dan kasih sayang bakal dilalui watak itu dalam drama arahan Feroz Khan terbitan Global Station Sdn Bhd.

Apa yang uniknya dalam drama kali ini, Nabila membawakan watak Sofia dan akan disolek menjadi perempuan berusia separuh abad. Ia bagi disesuaikan dengan wataknya yang mempunyai anak dan cucu dalam kisah itu.

Bercakap mengenai gandingannya dalam drama itu, Nabila berkata, dia tiada masalah sepanjang menjalani penggambaran drama itu dan dapat mencipta keserasian dengan Johan Asari yang memegang peranan sebagai suaminya.

“Saya tidak kisah dan tiada masalah digandingkan dengan mana-mana pelakon lelaki. Johan walaupun masih baru dalam bidang lakonan ini, saya lihat dia mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang ini.

“Ini kerana daripada pemerhatian saya, dia seorang yang cepat belajar selain rajin bertanya petua berlakon daripada pelakon senior serta sentiasa merendah diri dengan semua pelakon dan kru produksi.

“Saya yakin jika dia terus bersikap begitu, dia boleh pergi lebih jauh dalam bidang lakonan ini kerana dia memang sangat berbakat bagi saya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Selain itu, Nabila turut menunggu tayangan dua filem lakonannya memasuki panggung tahun ini iaitu Syaitannirajim dan filem sekuel Bohsia 2 arahan Syamsul Yusof.

Kedua-dua filem itu ternyata memberi banyak pengalaman dan pendedahan baru kepada Nabila sendiri.

Tahun lalu Nabila terjebak dengan pelbagai kontroversi termasuk keretakan rumah tangga dengan suaminya, Zaidi Zailani yang mengheret mereka berdua ke mahkamah.

Selain itu, Nabila juga terpalit dengan kontroversi bercium dengan seorang lelaki di sebuah pulau percutian. Dia kemudian menyepikan diri dan enggan memberi sebarang komen mengenai insiden panas itu. 

“Saya mahu beri fokus sepenuhnya kepada kerjaya pada tahun ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters