Jom Buat Duit

Tuesday 3 January 2012

Russell Brand tambah kaya lepas cerai


MUSNAH...Brand dan Katy. 

MUSNAH...Brand dan Katy.


LOS ANGELES: Russell Brand akan memperoleh RM100 juta hasil penceraiannya dengan isteri, Katy Perry.
Menurut laporan, pelawak berkenaan akan memperoleh pembahagian 50/50 daripada pendapatan pasangan berkenaan walaupun hanya berkahwin selama 14 bulan.

Brand, 36, dan Katy, 27, tidak menandatangani perjanjian praperkahwinan ketika mendirikan rumah tangga pada Oktober 2010.
Menurut undang-undang California, dia berhak terhadap separuh daripada harta Katy.

Brand, Jumaat lalu mengumumkan perkahwinan mereka berakhir selepas masing-masing meraikan sambutan Krismas secara berasingan dan peguamnya mengemukakan dokumen perceraian di Mahkamah Agung Los Angeles dengan alasan tidak sefahaman lagi.

Brand dan Katy mula bercinta selepas berkenalan di majlis Anugerah Muzik MTV pada September 2009.
Bercakap kepada akhbar Daily Star semalam, Brand berkata: “Saya dalam keadaan baik. Segala-galanya akan bertambah baik tahun ini.” Pelawak berkenaan keluar dari hotel The Savoy di London semalam dengan wajahnya dilindungi cermin mata hitam dan topi berbulu.

Dia dilihat tiba di pejabat peguam di London menerusi pintu belakang sebelum memasuki hotel berkenaan kelmarin. Menurut majalah Forbes, Katy mempunyai harta berjumlah RM140 juta. Sumber industri muzik berkata, harta penyanyi itu berkembang baru-baru ini hingga sekurang-kurangnya RM225 juta ekoran konsert menjelalajahnya dan pembabitan berterusannya dalam industri komersial.

Brand pula dilapor memiliki harta berjumlah kira-kira RM55 juta hasil pendapatannya menerusi komedi dan beberapa filem termasuk Get Him To The Greek.

Menurut laporan lain, Brand dan Katy saling mengancam untuk menceraikan satu sama lain beberapa kali selepas bergaduh berulang kali.

Bekas pembantu pasangan berkenaan memberitahu Daily Star: “Saya percaya tindakan mengemukakan penceraian itu adalah perbuatan keanak-anakan, sama seperti pertengkaran mereka selama ini.

“Ia umpama kes ‘Saya akan singkirkan awak sebelum awak boleh singkirkan saya.’ “Saya tidak fikir Brand gembira Katy lebih hebat daripadanya.” Dalam pada itu, laman web TMZ melaporkan semalam, meskipun pasangan itu mencintai satu sama lain ketika berkahwin, tempoh bulan madu mereka begitu singkat.

Laman selebriti itu mendakwa, Brand dan Katy mula bergaduh tidak lama selepas berkahwin dan pelawak itu lebih banyak tinggal di rumah selepas meninggalkan kehidupan berpartinya sejak beberapa tahun lalu.

Katy pula suka keluar dan mereka akan bertengkar jika Brand mahu meninggalkan sesuatu majlis lebih awal. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters