Jom Buat Duit

Tuesday 3 January 2012

Pahang bangkit benam Melaka




SEMANGAT juang dan komitmen tinggi antara faktor yang membantu Pahang muncul juara Piala Emas Raja-Raja 2011 buat kali pertama selepas membenam Melaka 3-1 pada final di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh, kelmarin.
Kehadiran Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Inderapura Pahang (PBMIP) menambah semangat juang pemain.

Jurulatih, Kamaruddin Sahwkkathha Ali berkata, kekuatan utama skuad kendaliannya itu lebih kepada kesungguhan menaikkan imej bola sepak Pahang.
Biarpun sedar Melaka turut bercita-cita menjulang piala itu, berbekal sokongan padu penyokong sendiri, pemain berjaya mempamerkan persembahan mantap.

“Kehadiran 10 pemain skuad Liga Perdana Pahang banyak membantu memperkemas jentera pasukan biarpun ketinggalan 0-1. Saya berterima kasih kepada pemain termasuk pengurusan PBMIP yang memberi saya peluang membimbing Pahang,” katanya.

Melaka terlebih dulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Zailan Mohammad pada minit ke-27. Namun, lapan minit kemudian, Mohd Hafiz Kamal menyamakan kedudukan yang kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan Pahang berjaya menghasilkan dua lagi gol melalui Mohd Fauzi Rozlan dan Abd Malik Mat Ariff m-76 dan 78.

Kejayaan itu membolehkan Pahang meraih wang tunai RM45,000 manakala Melaka yang dibimbing Mahmud Hassan pula membawa pulang RM30,000.


No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters