Jom Buat Duit

Tuesday 3 January 2012

Megadeth pertaruh Thirt3en




ANTARA band paling mendapat tempat dalam sejarah ‘heavy metal’ dan ‘thrash’ - Megadeth - kini kembali dengan album terbaru mereka berjudul Thirt3en.
Tajuk album itu dipilih kebetulan bersempena karya studio ke-13 yang menyaksikan kehadiran semula pemain bass asal dan pengasas bersama kumpulan itu, David Ellefson. 
Kali terakhir Ellefson bersama Megadeth adalah melalui album kesembilan, The World Needs A Hero (2001).

Megadeth dianggotai Dave Mustaine selaku gitar & vokalis, Chris Broderick (gitar), Shawn Drover (dram) dan David Ellefson (bass).

Album 13 lagu ini menampilkan banyak pembaharuan daripada segi ‘sound’, gitar solo, dram ‘intense’ dan ‘riff’ berat yang pasti membuat peminat puas. Thirt3en sudah dilancarkan pada Oktober lalu di Jepun.

Di sebalik pelbagai kontroversi tema lirik mengenai perang nuklear, politik, pengambilan dadah serta isu sosial dalam kebanyakan album sebelum ini, Thirt3en masih mendapat inspirasi kisah jenayah dalam mencipta lagu Public Enemy No 1 yang dimuatkan dalam Thirt3en.

Single album ini berkisar mengenai tingkah laku ketua gangster, Al Capone begitu terkenal di New York sekitar 1920-an kerana kes pembunuhan, rasuah dan penyeludupan.

Banyak lagu menarik yang mendapat reaksi positif majalah reviu muzik antarabangsa dan pengkritik muzik yang memberikan ‘rating’ 7/10.

Cuma yang sering mendapat perhatian adalah muziknya dikatakan agak ‘raw’ dan tidak mengikut aliran asal muzik asal Megadeth dalam album Peace Sells ... But Who’s Buying atau Rust In Peace yang menjulang Megadeth sebagai kelompok ‘Big Four’ bersama Metallica, Anthrax dan Slayer.

Apapun Thirt3en baru ini tidak terlalu berat atau mementingkan ‘riff’ laju berbanding ‘content’ dalam album terakhir, Endgame (2009).

Paling penting, bukan lebih berat lebih bagus, tetapi penyampaian dan kualiti bunyi album Thirt3en lebih ‘smooth’ dan tidak terlalu bising sekalipun Mustaine dan Broderick menggunakan gitar Dean dan Jackson yang terkenal dengan bunyi garang.

Malah, jika tidak mendengar Mustaine menyanyi, tiada siapa sangka muzik dalam album ini dimainkan oleh Magadeth.

Dalam erti kata lain, muzik ada elemen seakan-akan muzik 1980-an artis glam rock terkenal lain seperti Alice Cooper dan Twisted Sister.

Solo Broderick memang tidak perlu dipertikaikan kerana bukan saja laju, tetapi scale ‘classical’ jari-jemarinya mengisi setiap ‘riff’ dengan baik bersama alunan bass Ellefson dan ketukan pemain dram kidal, Drover.

Daripada segi lagu, Sudden Death ada melodi menarik pertengahan. Lagu Guns, Drugs & Money seperti muzik ‘shock rock’ 1980-an. 

Suara wanita menjerit pada permulaan lagu Deadly Nightshade dan ‘bending’ gitar lagu ini menjadikannya antara paling menarik dalam Thirt3en.

Seperti dalam mana-mana album ‘thrash’ atau ‘heavy metal’, Megadeth tidak keting�galan menyediakan satu lagu perlahan seperti lagu 13 yang menjadi lagu terakhir dalam album ini. Beberapa lain adalah Black Swan, Wrecker dan Whose Life (Is It Anyways).

Kesimpulannya, Megadeth antara band thrash terbaik pernah ada dalam sejarah muzik metal. Album Megadeth terjual lebih 25 juta unit di seluruh dunia.

Megadeth memiliki lima pencapaian platinum serta multi-platinum dan sembilan kali tercalon dalam Anugerah Grammy bagi Best Metal Performance. Ini antara album ‘heavy metal’ atau ‘thrash’ paling menyerlah.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters