Jom Buat Duit

Tuesday 3 January 2012

Zahiril Adzim dan Eina Azman Debar tunggu Sesuatu Yang Tertinggal


KIAN BERSINAR...Eina semakin mendapat tawaran berlakon daripada pelbagai syarikat produksi.
KIAN BERSINAR...Eina semakin mendapat tawaran berlakon daripada pelbagai syarikat produksi.
JURANG usia 10 tahun tidak pernah menghalang Zahiril Adzim dan Eina Azman untuk mendekati satu sama lain. Bukan untuk bercinta, sebaliknya semuanya dek tuntutan skrip yang memerlukan mereka berlakon dalam sebuah karya menarik.
Karya itu adalah filem cereka yang mempertemukan mereka - Sesuatu Yang Tertinggal akan mula menemui peminat di pawagam pada Khamis, 5 Januari ini

  • FotoZahiril Adzim
  • FotoSUAMI ISTERI...Zahiril dan Sheera Ayob belum lagi timang anak.
Filem genre seram dan misteri arahan Asrull Hisham itu menonjolkan lakonan Zahiril sebagai Arshad, pelajar di sebuah sekolah manakala Eina pula sebagai Bella, gadis nakal yang menghuni sebuah rumah anak yatim.

Semuanya bermula apabila satu objek misteri ditemui Mona, seorang rakan Bella yang turut menghuni di rumah terbabit.


Bagaimanapun, Zahiril dan Eina tidak terbabit dalam mana-mana babak secara bersama dalam filem itu. Namun, kekuatan lakonan mereka turut menyumbang kepada sebuah kisah yang menarik lagi menyeramkan. Turut berlakon dalam filem itu, Sara Ali

“Entahlah, watak budak sekolah seperti sudah sinonim dengan diri saya. Mungkin disebabkan fizikal saya ini yang agak kecil, watak juvana seperti itu sesuatu yang sinonim dengan saya.

“Karakter dalam filem Sesuatu Yang Tertinggal tidaklah serius dan tidak juga lawak kerana watak Arshad banyak cakap berbanding lakonan saya dalam drama Juvana atau filem Klip 3GP.

“Tidak wujud kontroversi saya dan Eina di lokasi kerana saya bertemu isteri (Sheera Ayob) di lokasi penggambaran Sesuatu Yang Tertinggal dan dia sendiri berlakon dalam filem ini,” kata Zahiril yang memegang watak utama bersama Sara Ali sebagai Mona.

Eina atau Ainur Syakina Azman, 17, bersyukur kerana ada produksi memberi tawaran berlakon selepas terbabit dalam kontroversi dengan seorang pelakon filem sulung lakonannya dulu, Ratu The Movie.

“Saya tidak mahu lagi memikirkan kisah lama itu. 2012 ini saya begitu sibuk kerana perlu membuat persiapan rapi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Apa yang berlaku dalam filem Ratu The Movie, biarkan ia berlalu. Kita buka buku baru.

“Apapun, saya berterima kasih kepada Rashid Sibir dan A Aida yang tetap memberi kepercayaan berlakon dalam produksi mereka.

“Bukan itu saja, kehadiran ‘single’ saya, Bahagia Bersamanya sangat bermakna kerana ia dapat memperkenalkan lagi bakat saya. Sekarang saya dalam proses menyiapkan klip video lagu itu.

“Saya tidak berniat bertukar karier sebagai penyanyi kerana lakonan datang lebih dulu. Sekalipun selalu dikaitkan suara saya iras ibu saudara (penyanyi Juliza Adzlizan), bagi saya itu kebetulan. 

“Apa yang penting sekarang menunggu munculnya filem Sesuatu Yang Tertinggal yang akan ditayangkan mulai Khamis ini,” katanya.

Eina yang tinggi lampai itu akui dia begitu menghormati Zahiril kerana dia banyak pengalaman dalam bidang lakonan, komited dan bersikap matang.

“Saya masih terlalu muda. Saya macam adik kepada yang lain,” kata Eina yang pernah terbabit dalam beberapa drama seperti 5 Jingga, Pucuk Muda Kerabu Taugeh dan telemovie Mistik Alam Hitam.

Kembali kepada Zahiril, mengulas mengenai kehidupan rumah tangga baru dibina beberapa bulan lalu bersama Sheera Ayob, Zahiril sedar peranan suami menjadikannya seorang yang lebih dewasa.

“Sewaktu hidup solo dulu, saya tidak banyak sangat berfikir mengenai masa depan. Kehadiran isteri, Sheera, membuatkan saya rasa lebih matang dan bertanggungjawab.

“Buat masa ini, kami ada perancangan dalam bidang seni. Sheera kemungkinan menjadi pengurus saya yakni mengatur jadual lakonan. Cara itu lebih senang sebab kami lebih kenal hati budi masing-masing. Lagipun ia dapat mengelakkan gosip.

“Kami berdua perlu bekerja keras sekarang malah perlu lebih menabung mana tahu tiba-tiba datang rezeki untuk menyambut anak,” kata Zahiril yang juga penulis novel yang berbakat.


7 perkara mengenai Eina:

  • Tempat shopping pilihan?
    KLCC & Pavilion
  • Aiskrim kesukaan?
    Haagen Dazs
  • Juadah barat kegemaran?
    Lamb chop
  • Kalau memasak, juadah yang disukai?
    Kari
  • Jenama mahal pilihan?
    Prada & Gucci
  • Pelakon barat yang digemari
    Angelina Jolie
  • Artis luar yang diminati?
    Chicago dan Peter Cetera



    7 perkara mengenai Zahiril:
  • Aktiviti lasak yang digemari?
    Motorcross
  • Instrumen muzik paling unik?
    Gendang Melayu
  • Dua benda perlu ada dengan anda setiap masa?
    Kertas dan pen
  • ‘Benda’ yang selalu dicari?
    Idea
  • Filem yang diminati?
    Into The Wild
  • Pemimpin dikagumi?
    Rasulullah s.a.w
  • Lokasi percutian menarik?
    Jepun


  • No comments:

    Post a Comment

    Klik Untuk Saya k... :)

    free counters