MIAMI: Teman wanita seorang lelaki yang menggunakan giginya untuk
membaham muka lelaki lain di Florida berkata, dia mungkin di bawah
pengaruh dadah atau sihir voodoo, menurut laporan media tempatan,
kelmarin.
Penyerang bogel, Rudy Eugene, 31 tahun, ditembak mati oleh anggota
polis di Miami, Sabtu lalu selepas menggigt dan memakan hampir seluruh
muka mangsanya, seorang lelaki tidak berumah berusia 66 tahun.
Teman wanita Eugene, yang tidak mahu namanya disiarkan berkata,
lelaki yang menyerang itu bukan seperti lelaki lembut yang dicintai dan
mengandaikan Eugene mungkin berada dalam pengaruh dadah. - AFP
No comments:
Post a Comment