Sebelum ini, penyanyi remaja, Justin Bieber, pernah dipilih sebagai
penghias muka depan majalah yang mempamerkan wajahnya dipenuhi darah.
Namun, ia bukanlah sekadar lakonan semata-mata kerana Bieber,18, dilihat benar-benar berminat untuk menyertai sukan tinju.
Menariknya, Bieber mendapatkan tunjuk ajar daripada peninju terkenal,
Mike Tyson, dengan menyertai beberapa kelas tinju bersama bintang itu.
Walaupun sebelum ini Bieber rapat bersama bintang, Floyd Mayweather dan
Lil Wayne, namun bersesuaian dengan usia remajanya, dia mula menanam
minat untuk mencuba sukan lasak.
"Saya suka sukan tinju kerana bukan sahaja menguji ketangkasan, malah kita belajar mengenai fokus dalam sesuatu perkara.
"Tyson tidak lokek untuk membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dalam sukan ini," kata Bieber.
Tyson, 45, juga telah memuat naik gambar Bieber dan pelajar lain ketika sesi latihan.
No comments:
Post a Comment