Jom Buat Duit

Sunday, 3 June 2012

Bapa peluk anak maut kemalangan


HASHIM kelihatan sugul sambil memeluk dan enggan melepaskan mayat Mohd. Izwan Farid sebelum dihantar ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Sengkang-Bukit Gambir, Ledang, Muar malam kelmarin.


MUAR - Dek kerana terlalu sedih, seorang bapa tetap memangku dan memeluk tubuh kaku anak lelakinya kira-kira satu jam selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Sengkang-Bukit Gambir, Ledang dekat sini pada pukul 9.50 malam kelmarin.

Tindakan Hashim Kamat, 55, yang tidak mahu melepaskan mayat Mohd. Izwan Farid, 19, daripada pelukannya menyayat hati orang ramai yang melihat kejadian itu.
Dia yang tinggal di Kampung Batu 19, Sengkang dekat sini mengetahui kejadian malang itu apabila menerima panggilan telefon daripada anak ketujuhnya, Hamizad, 16, menyatakan arwah terlibat dalam kemalangan.

Semasa menerima panggilan tersebut, dia berada di Kampung Parit Jarum Darat, Bukit Gambir kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya.
"Saya sangat terkejut kerana kami baru sahaja bertemu satu jam lalu di rumah sebelum pergi ke rumah kenduri. Sebelum kemalangan, Mohd. Izwan tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik.
"Sangat menyedihkan saya, apabila ia berlaku pada jarak kira-kira tiga kilometer dari rumah kami," kata Hashim ketika ditemui semalam.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)