Jom Buat Duit

Sunday 11 March 2012

West Brom ujian sebenar United


DARI kiri, Scholes, Ferdinand dan Ryan Giggs menjadi taruhan United bagi aksi menentang West Brom malam ini.


MANCHESTER - Manchester United bakal melalui satu tempoh yang sukar dalam misi mempertahankan trofi Liga Perdana England pada musim ini.
Pengurus skuad The Red Devils, Alex Ferguson menganggap kunjungan West Brom Albion ke Old Trafford malam ini sebagai permulaan kepada misi tersebut.

Kelab gergasi England itu dikejutkan dengan kekalahan 2-3 kepada Athletic Bilbao pada aksi kalah mati pertama kelompok 16 pasukan terakhir Liga Europa pada Khamis lalu.
Begitupun, rekod United dalam liga domestik menunjukkan perkembangan positif sejak tewas 0-3 kepada Newcastle pada 4 Januari lalu.

United sekadar tercicir dua mata apabila seri 3-3 dengan Chelsea sepanjang tujuh perlawanan lalu.
Selepas West Brom, United bakal berdepan dengan Wolverhampton Wanderers, Fulham, Blackburn Rovers, Queen Park Rangers, Wigan Athletic dan Aston Villa sebelum perlawanan utama menentang musuh ketat, Manchester City pada 30 April depan.

Ferguson mendakwa, kemenangan 3-1 ke atas Tottenham Hotspur pada minggu lalu telah membuka satu fasa baharu dan sekiranya mereka berjaya mengutip mata maksimum daripada tujuh perlawanan selepas ini, mereka mampu memberi tekanan kepada City.
"Para pemain United sedar mereka berada dalam situasi yang getir dan mereka tidak akan mensia-siakan peluang untuk merapatkan kedudukan dengan City dengan menewaskan Spurs.
"Saya berharap kami akan mengekalkan momentum dan konsistensi bagi mencipta kemenangan seterusnya.
"Saya akan membuat satu atau dua perubahan. Paul Scholes sudah bersedia untuk bermain. Begitu juga dengan Luis Nani dan Rio Ferdinand," kata Ferguson. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters