Jom Buat Duit

Saturday, 24 March 2012

‘Raksasa’ diperlukan di Bandar Oga, Japan


TOKYO: Sebuah bandar kecil di Jepun mencari tiga ‘raksasa’ untuk diambil bekerja, tetapi dengan syarat mereka mempunyai lesen memandu dan asas kemahiran komputer, sebagai cara meningkatkan industri pelancongan selepas bencana alam.

Bandar Oga, 450 kilometer di utara Tokyo akan membayar kira-kira AS$2,500 (RM7,695) sebulan kepada sesiapa yang sanggup berjalan di bandar itu dengan memakai pakaian seperti hantu yang dikenali Namahage dalam cerita rakyat tempatan.

Secara tradisinya, lelaki tempatan akan menawarkan diri untuk memakai kostum hantu dan melawat rumah ke rumah ketika cuaca sejuk pada malam tahun baru, dengan membawa pisau daging dan menjerit, “Ada budak nakal atau pemalas di sini?”

Hantu itu dikatakan menghalang nasib malang dan membantu menambah hasil pertanian dan ikan, tetapi amalan ini semakin dilupakan.


Tapi kini, sejak sektor pelancongan tempatan berusaha menarik lebih ramai pelancong sejak bencana tsumani, tahun lalu, bandar Oga cuba menjadikan tradisi itu sebagai daya penarik. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters