Jom Buat Duit

Saturday 17 March 2012

Rahmat Mega lebih laris di Borneo



BERBANDING dulu, wajahnya kini agak jarang kelihatan muncul di kaca TV ataupun menghiasi dada akhbar. Bagaimanapun, ini tidak bermakna bekas penyanyi Mega, Rahmat Tohak, 43, sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni. Agak sukar baginya berpisah dengan bidang yang menjadi darah dagingnya ini.

Mungkin juga faktor logistik (kerana dia menetap di Johor) membataskan banyak pihak memberikan publisiti sehinggakan peminat membuat kesimpulan itu.

Bertemunya ketika menjadi artis pembuka pentas Konsert Mutiara Kasih Jamal Abdillah di Johor Bahru pertengahan Februari lalu, penulis mendapat tahu Rahmat tidak pernah berhasrat meninggalkan bidang nyanyian.

Bahkan undangan untuk menjayakan persembahan masih banyak diterima terutama daripada peminat Sabah dan Sarawak yang begitu dahagakan kehadiran artis dari Semenanjung. Malah, sambutan yang diterima selalunya lebih hangat.
“Boleh dikatakan saya kerap berulang-alik ke sana untuk buat persembahan. Ia bukti yang penyanyi seperti saya masih diterima dan ada pasaran sendiri.
Kada
ngkala saya diundang untuk buat persembahan secara solo dan ada ketikanya bersama beberapa artis lain. Sambutan yang diterima sememangnya hangat dan saya gembira dengan apa yang diperlihat�kan peminat di sana.

“Disebabkan sambutan hangat ini, saya sedang me�nyiapkan album solo yang berkonsepkan balada di bawah syarikat sendiri, Excellent Entertainment. Album yang diterbitkan komposer LY ini sedang dalam proses adunan akhir. Konsep album ini tak sama dengan Mega.

“Rakamannya dibuat di studio Kelarai Sakti milik LY. Bagi menarik peminat, ada kelainan yang saya tampilkan antaranya berduet dengan seorang artis wanita popular. Saya sedang menunggu lampu hijau daripada dia dan kalau projek ini jadi, album saya mungkin akan dipasarkan penghujung Mac atau pada April nanti.

“Saya juga turut memasukkan beberapa lagu hit bersama Mega di samping lagu baru iaitu Sekali Lagi, Ini Cintaku Yang Pertama dan Jatuh Cinta Lagi. Saya percaya peminat akan membeli album seseorang penyanyi jika lagunya menarik dan menepati selera mereka,” katanya.

Sejak dulu lagi, penyanyi berasal dari Masai ini rajin melakukan pelbagai kerja untuk mencari rezeki. Memandangkan situasi bidang seni yang sukar dijangka, Rahmat bergandingan dengan isterinya, Faezah, menguruskan syarikat produksi dan memasarkan produk kecantikan.

Tidak sah juga bertemunya jika tidak ditanyakan mengenai hubungannya dengan bekas isteri keduanya, pelakon Ainina Ahmad B, 41, dan dua anaknya yang berada di Kuala Lumpur. Dengan tenang, dia memberitahu hubu�ngan mereka tetap berjalan baik.

“Setiap kali turun ke Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan menyanyi, saya pasti akan bertemu anak-anak saya. Paling tidak pun, saya akan ke Kuala Lumpur seminggu sekali bagi menjenguk dan mengetahui perkembangan mereka. Saya tetap ayah mereka biarpun dipisahkan jarak jauh. Tambahan pula mereka juga perlukan perhatian saya.

“Saya ada empat anak di Johor dan dua bersama Ainina iaitu Nur Ariana Rahmat, 10, dan Nur Ara Elisha, 3. Biarpun sudah berpisah dengan Ainina, kami tetap baik demi anak-anak. Saya tiada masalah untuk berjumpa dengan mereka. Saya dan Ainina masih sama-sama berada dalam seni, jadi kami terus berkawan. Niat kami untuk kebaikan semua selain anak takkan diabaikan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters