Jom Buat Duit

Wednesday 21 March 2012

Pembuka kerusi panas MANIA



KEMUNCAK konsert minggu pertama untuk pemilihan penerbit muzik dalam program realiti hiburan Mania yang berlangsung di Studio 1, Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil, Sabtu lalu, menyaksikan naib juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Ebi Kornelis terpilih sebagai peserta pertama ‘Hot Seat’ berdasarkan undian penonton.

Walaupun persembahan Ebi nampak seperti kurang bersedia dan ‘over acting’ ketika menyampaikan lagu We Will Rock You (Queen), penonton terpaksa akur apabila pihak Astro memutuskan penyanyi kelahiran Sabah itu diserap�kan sebagai salah seorang daripada lima penyanyi yang bernaung di bawah empayar muzik komposer terkenal, Datuk M Nasir.
Berbeza peserta lain, peserta `Hot Seat’ bukan dipilih oleh penerbit muzik Mania sendiri sebaliknya mereka diserapkan oleh produksi Astro kepada mana-mana penerbit sebagai cabaran buat mereka.

M Nasir juga akur dengan keputusan yang ditetapkan penganjur selaras dengan format yang ditetapkan dalam program berkenaan.
“Saya melihat kemasukan Ebi dalam empayar saya sebagai satu cabaran buat diri. Saya juga melihat vokalnya masih boleh diperbaiki lagi. Tetapi aspek persembahan dan karakternya di pentas perlu lebih diperbaiki,” katanya.
Bagaimanapun, juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy pula memang pilihan peribadi M Nasir sendiri kerana dia melihat bakat besar dan potensi penyanyi kelahiran Sabah yang tampil dengan genre ‘pop dance’ itu untuk menjadi artis pertama yang bernaung di bawah empayarnya.

“Saya pilih Stacy kerana dia penyanyi yang gigih, berdisiplin dan komitmennya sangat tinggi ketika mengadakan persembahan. Stacy juga perlu digilap untuk membawa lagu-lagu lain yang bersesuaian dengan kemampuan vokalnya,” katanya.

Selain Ebi dan Stacy, M Nasir yang berada di bawah kumpulan merah akan memilih tiga lagi artis yang bakal bernaung di bawah empayarnya pada pemilihan minggu seterusnya nanti.

Manakala, komposer terkenal dari seberang, Ahmad Dhani daripada kumpulan hijau pula memilih tiga penyanyi untuk bernaung di bawah empayarnya iaitu kumpulan Estranged, Atilia dan Akim AF.

“Saya pilih mereka bertiga kerana variasi mereka. Pada masa sama, saya memang mencari penyanyi solo lelaki, solo perempuan dan kumpulan untuk dibimbing dalam program ini. Saya pilih Atilia kerana ada banyak stok lagu genre jazz dan R&B dalam simpanan yang sesuai dengan genre muziknya,” katanya.

Dua lagi penyanyi akan dipilih Ahmad Dhani pada minggu seterusnya nanti. Minggu pertama program Mania menyaksikan empat penyanyi membuat persembahan selain pengacara Aznil Nawawi mengumumkan peserta pertama yang dipilih untuk ‘Hot Seat’.

Seorang lagi, komposer terkenal iaitu Aubrey Suwito (kumpulan biru) nampaknya belum memilih mana-mana penyanyi untuk bernaung di bawah empayarnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai persembahan empat penyanyi pada malam pembukaan itu, ternyata, persembahan Stacy cukup menyerlah dan mantap ketika menyampaikan lagu The Edge of Glory yang dipopularkan oleh Lady Gaga.
Setiap kali persembahan, Stacy memang sentiasa memukau penonton. Begitulah juga persembahannya pada malam itu dengan barisan penarinya yang cukup lincah, agresif dan bertenaga di pentas.

Selain Stacy, persembahan bekas peserta AF4, Rich yang muncul bersama kumpulannya Estranged dengan menyampaikan lagu popular Search, Rozana turut memikat penonton pada malam itu. Justeru, tidak hairanlah, bekas anggota kumpulan Dewa 19 itu memilih mereka untuk bernaung di bawah empayarnya.

Pada malam itu, Atilia menyam�paikan lagu hits dendangan ibunya sendiri, Salamiah Hassan berjudul Gelombang dan pemenang tempat ketiga AF7, Akim muncul dengan lagu Demi Cinta nyanyian asal Krispatih.

Program Mania menyaksikan seramai 12 penyanyi terkenal tanah air berentap untuk memburu gelaran Super Star antaranya Adira, Awi Rafael, Alyah, Hafiz Suip, Hazama, Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Kristal. Manakala, tiga lagi peserta pula akan dipilih menerusi undian tertinggi untuk mara ke ‘Hot Seat’.

Program Mania bakal mencetuskan satu lagi fenomena di mana tiga penerbit muzik terkenal di rantau ini memilih selebriti mania yang bakal diubah menjadi `Super Star’. Tiga warna iaitu biru, hijau dan merah diperkenalkan mewakili tiga kumpulan yang disertai 15 Selebriti Mania itu.

Setiap komposer akan membimbing lima penyanyi dalam persaingan untuk merebut hadiah utama bernilai RM500,000 untuk juara, RM300,000 (naib juara) dan RM100,000 (ketiga). Penerbit muzik yang berjaya membimbing penyanyi sehingga menjadi juara pula bakal membawa pulang RM300,000.

Program yang menggunakan format pemarkahan 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton ini disiarkan secara serentak pada setiap sabtu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan ‘live streaming’ di laman web www.mania.com.my.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters