Jom Buat Duit

Sunday 18 March 2012

Pembikin video Kony masuk wad

SAN DIEGO: Pengasas bersama kumpulan yang bertanggungjawab mengeluarkan video mengenai kekejaman panglima perang Afrika Uganda ditahan polis sebelum dimasukkan ke hospital, semalam.
Menurut saksi, Jason Russell menjerit-jerit dan menumbuk jalan dengan hanya berseluar dalam berhampiran rumahnya.

Bertanggungjawab menerbitkan klip video Invisible Children yang menceritakan kekejaman pemimpin Tentera Pemberontakan Tuhan pimpinan Joseph Kony, Russell dimasukkan ke wad kerana kelesuan.
Insiden itu berlaku kurang dari dua minggu selepas klip 30 minit itu dimuat naik di Internet dan menjadi perhatian di seluruh dunia.

Sumber berkata, Russell, 33, ditahan polis kira-kira jam 11.30 pagi selepas mereka menerima beberapa panggilan daripada orang awam di Pacific Beach.

“Pengadu mendakwa Russell merosakkan kenderaan di tepi jalan sambil membuat pelbagai aksi lucah.

“Dia mungkin di bawah pengaruh dadah,” katanya.

Ketua pegawai eksekutif syarikat yang klip Invisible Children, Ben Keesey, berkata Russell perlu dirawat kerana kelesuan, kekurangan air dalam badan dan dalam proses pemulihan.
“Sejak dua minggu lalu Russell menghadapi gangguan emosi,” katanya.- AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters