Jom Buat Duit

Sunday 18 March 2012

Mangsa keegoan Abramovich


TINDAKAN pemilik Chelsea, Roman Abra- movich yang dikatakan gemar memecat pengurus kelab gergasi England itu kini menjadi perbualan hangat pelbagai pihak.

Sejak beliau mengambil alih The Blues daripada pemilik Leeds United, Ken Bates pada Jun 2003, se- ramai enam pengurus telah menjadi mangsa taikun kelahiran Rusia itu.
Kesemua pengurus itu dipecat gara-gara kegagalan mereka membawa ‘pulangan besar’ kepada Stamford Bridge.

Bukannya pengurus-pengurus terbabit tidak berkebolehan tetapi kerana kejayaan yang dimahukan Abramovich tidak tercapai.

Akibatnya, Abramovich yang telah mengeluarkan dana besar bagi membentuk skuad paling ampuh telah menggunakan kuasa yang ada pada dirinya untuk memecat pengurus terbabit.
Mungkin dengan menjulang trofi berprestij seperti Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara menjadi syarat utama yang ditetapkan Abramovich jika sese- orang pengurus itu mahu kekal lebih lama di Stamford Bridge.

Meskipun seseorang pengurus itu memiliki rekod cemerlang dengan kelab yang pernah dibimbingnya sebelum ini, ia bukan jaminan dia akan kekal lama selaku pengendali Chelsea.
Minggu lalu, pengurus muda berusia 34 tahun kelahiran Portu- gal, Andre Villas-Boas menjadi ‘mangsa’ terbaharu Abramovich.

Walaupun berjaya menjulang kelab lamanya, FC Porto menjua- rai gelaran trebel iaitu Liga Portugal, Piala Portugal dan Liga Europa musim lalu, Villas-Boas dilihat gagal melaksanakan tugasnya di Stamford Bridge.

Dengan rekod 20 kemenangan, 10 seri dan 10 kekalahan dalam 40 perlawanan sejak dilantik sebagai pengurus Chelsea pada 22 Jun 2011, Villas-Boas akhirnya dipecat selepas lapan bulan bersama kelab London itu.

Alasan yang diberikan Abramovich cukup mudah – Villas-Boas dikatakan menjadi punca kejatuhan prestasi skuad The Blues.
“Kami mahu kekal sebagai pasukan yang kompetitif dalam setiap kejohanan yang disertai. Kami hanya mahu melakukan pe- rubahan buat masa ini,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu sebaik sahaja Villas-Boas dipecat selepas Chelsea tewas 0-1 kepada West Bromwich Albion pada 3 Mac lalu.

Sebelum Villas-Boas, Claudio Ranieri yang kini menjadi ketua juru- latih kelab Itali, Inter Milan menjadi mangsa pertama Abramovich.
Ranieri dipecat pada penghujung musim 2004 kerana gagal

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters