KUALA LUMPUR – Dua beradik antara lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah
Sesyen Selayang dekat sini semalam atas tuduhan cuba membunuh seorang
remaja dengan membakar mangsa menggunakan minyak petrol sehingga
tubuhnya terbakar 80 peratus dan masih kritikal di Hospital Sungai
Buloh.
Tertuduh, Muhd. Nazrul Md. Noor, 25, Mohamad Nor Akmal Tarmezi, 23,
Muhamad Ammar Ashman Jamil, 21, Muhd. Nazrin Md. Noor, 22, dan Mohamad
Firdaus Mohamad Sururi, 21, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan
tersebut.
Nazrul dan Nazrin adalah adik-beradik, Nor Akmal dan Ammar
masing-masing pelajar Universiti Selangor (Unisel) manakala Firdaus
bekerja sebagai penghantar surat.
Mereka didakwa cuba membunuh penganggur Muhd. Syahirudin Mohd.
Shauki, 20, juga bekas rakan serumah Nazrul dengan membakar mangsa
menggunakan minyak petrol di Jalan Kampung Sepakat, Mukim Sungai Tengi,
Gedangsa, (di antara tiang TNB nombor 33 dan 34) Hulu Selangor di sini
pada pukul 5.45 pagi 26 Februari 2012.
No comments:
Post a Comment