Jom Buat Duit

Thursday 15 March 2012

Jinwoon 2AM minat Min Jung

 
JINWOON


MENERUSI rakaman program televisyen Strong Heart baru-baru ini, salah seorang anggota band popular Korea Selatan, 2AM, iaitu Jinwoon telah mendedahkan bahawa dia merupakan peminat nombor satu aktres jelita, Lee Min Jung.

Katanya: "Saya peminat nombor satu Lee Min Jung. Hanya melihat wajahnya menerusi gambar dalam iklan produk yang diwakilinya sudah cukup untuk membuatkan hati saya berdebar-debar."
Kenyataan Jinwoon itu turut disokong oleh Seulong yang juga anggota band 2AM: "Ada satu masa, Jinwoon mahu sangat memakai kanta lengkap yang menggunakan Lee Min Jung sebagai duta dan model produk itu dalam iklan, malah dia berharap agar dia rabun untuk membolehkan dia memakai kanta lengkap."

Sambung Jinwoon, dia berpeluang bertemu dengan Min Jung buat pertam kali apabila aktres yang mula popular sejak membintangi drama rantaian Boys Over Flowers itu, turut menghadiri konsert 2AM.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters