Jom Buat Duit

Monday 19 March 2012

Jessie tak sangka ada ramai peminat di Indonesia



JESSIE J menghadiri satu sidang akhbar di sebuah hotel di Jakarta semalam.

JAKARTA - Penyanyi terkenal, Jessie J dari Britain tidak menyangka dia mempunyai ramai peminat di Indonesia, lapor portal berita Tribunnews.com semalam.
Jessie, 23, yang popular dengan lagu Price Tag berkata, dia juga tidak menyangka lagu-lagunya juga diminati di negara ini.
Menurutnya, dia berasa seronok untuk menyanyi pada konsertnya yang diadakan di Dewan D2 Kemayoran JEXPO, Jakarta Pusat.
Jessie juga berharap, dia bukan sahaja dapat menghiburkan para remaja tetapi akan turut memberikan inspirasi kepada mereka.
"Banyak persiapan yang perlu dilakukan di sini (untuk mengadakan konsert). Saya menyukai beberapa muzik dan saya meminati lagu saya," katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini sebelum konsertnya bermula pada pukul 8 malam.
Konsert itu diadakan kerana Jessie menerima undangan daripada syarikat kecantikan Pond's.
Sementara itu, menurut akhbar dalam talian, The Sun, Jessie dikatakan menjalin hubungan dengan seorang penyanyi rap Britain, Tinie Tempah.
Menurut sumber, Jessie banyak menghabiskan masanya di rumah Tempah.
Mereka menjalin hubungan selepas kedua-duanya berkenalan beberapa tahun lalu semasa menghadiri parti-parti hiburan. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters