Jom Buat Duit

Monday 19 March 2012

Gadis OKU terkilan gagal ke PDK



NOOR SYAFINI ceria selepas menerima kerusi roda daripada Zulfitri (kiri) sambil ditemani Zaleha (dua dari kiri) di Kampung Gelong, Jitra semalam.


JITRA - Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) di Kampung Gelong di sini menyimpan hasrat untuk kembali ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk belajar berdikari dan berjumpa rakan-rakan yang ditinggalkannya sejak lima tahun lalu.

Namun hasrat Noor Syafini Md. Zukri, 17, terpaksa dilupakan kerana berhadapan masalah pengangkutan untuk ke pusat tersebut yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu pernah belajar di pusat itu selama tiga tahun mulai 2004 tetapi terpaksa berhenti kerana masalah kenderaan pada 2007.

Ibunya, Zaleha Japar, 47, memberitahu, sebelum ini, anaknya diambil dan dihantar dengan van yang disediakan pusat berkenaan.
"Sejak lima tahun lalu, tiada lagi van disediakan. Jadi, saya terpaksa berhenti menghantarnya dengan motosikal sebab dia tidak boleh duduk dengan baik berikutan struktur badannya yang tidak seimbang," katanya di sini semalam.

Keluarga itu ditemui selepas menerima kerusi roda yang disampaikan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Mohd. Zulfitri Yaacob.
Noor Syafini mengalami kecacatan fizikal akibat demam panas ketika berusia enam bulan.
Sejak itu, dia tidak boleh berjalan kerana kakinya menjadi lemah dan hanya mengesot untuk bergerak di rumah.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters