Jom Buat Duit

Wednesday 21 March 2012

Elaun RM100


PUTRAJAYA: Selepas menunggu hampir 16 tahun, pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang bekerja di pusat pemulihan agensi itu menikmati elaun insentif khas RM100 sebulan selepas kerajaan meluluskan permohonan berkenaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, elaun itu sudah diberikan sejak Januari lalu kepada 2,576 pegawai dan kakitangan AADK yang bertugas di 28 Pusat Pemulihan Narkotik (Puspen) serta lapan Klinik Pulih dan Prihatin 1Malaysia (C&C) di seluruh negara.

Menurutnya, pengumuman itu hadiah yang ditunggu semua pegawai dan kakitangan itu, sekali gus menjadi pendorong serta semangat bagi melaksanakan tugas dengan cemerlang. “Saya berharap pegawai dan kakitangan AADK tidak leka dan berasa seperti berada di zon selesa, tetapi terus komited dan bersemangat menangani masalah dadah di negara ini. “Usaha menangani masalah ini boleh dilaksanakan dengan kajian ilmiah dan mencari formula baru bagi merawat dan memulihkan masalah penagihan dadah,” katanya pada sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 AADK, di sini, semalam. Pada majlis itu, Abu Seman turut menyampaikan anugerah khidmat cemerlang kepada 483 pegawai dan kakitangan AADK.

Abu Seman berkata, sepanjang tahun lalu AADK memperkasakan program di semua C&C, Pusat Khidmat Pulih dan Prihatin (CCSC) dan Rumah Komuniti Prihatin (CCH). “Pendekatan lebih terbuka dan prihatin ini membuka ruang kepada masyarakat memilih perkhidmatan pemulihan secara sukarela tanpa perlu melalui proses tangkapan atau perintah mahkamah. “Malah, paling membanggakan Jabatan Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) yang berpangkalan di Bangkok, Thailand turut mengiktiraf transformasi AADK melalui penubuhan Klinik Pulih dan Prihatin 1Malaysia,” katanya.
Katanya, AADK turut menerima pujian daripada deligasi antarabangsa ketika Persidangan Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan Bukan Kerajaan (IFNGO) pada 7 November lalu di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters