Jom Buat Duit

Friday, 23 March 2012

Cuma 8 hari belai kembar 3

PASANGAN Mason dan Isabel bertemu di tempat kerja mereka di Southampton dan berkahwin pada 2010.
PASANGAN Mason dan Isabel bertemu di tempat kerja mereka di Southampton dan berkahwin pada 2010.
MATTIAS, Lukas dan Sarah akan membesar tanpa belaian ibu kandung mereka.
MATTIAS, Lukas dan Sarah akan membesar tanpa belaian ibu kandung mereka.

LONDON: Kegembiraan pasangan Paul dan Isabel Mason mendapat anak kembar tiga hanya bertahan kira-kira seminggu apabila bayi berkenaan ditakdirkan membesar tanpa ibu mereka.
Selepas lapan hari dilahirkan, Mattias, Lukas dan Sarah kehilangan ibu mereka kerana Isabel meninggal dunia akibat masalah jantung yang dipercayai terjejas akibat kehamilan.

Mason berkata, mereka begitu teruja apabila anak kembar terbabit dilahirkan.
“Saat seminggu kami bersama-sama begitu berharga.

“Mattias, Lukas dan Sarah adalah anak pertama kami dan kemungkinan besar yang terakhir,” katanya selepas pengebumian Isabel, semalam.

Menurut Mason, dia dan isterinya tidak sabar-sabar membesarkan anak mereka bersama dan berkongsi pelbagai minat seperti memasak, bermain gitar, bersiar-siar, berkhemah dan mendengar hujan turun.

Di sebalik keriangan itu, kata Mason, dia tidak menyangka Isabel, 34, tiba-tiba jatuh dan dikejarkan ke Hospital Royal Hampshire - tempat dia melahirkan Mattias, Lukas dan Sarah minggu lalu.

Isabel kemudian menghembus nafas terakhirnya pada 10 Mac lalu.
Doktor berkata, Isabel mungkin meninggal dunia akibat kebocoran darah ke pundi yang mengelilingi jantung akibat masalah salur darah.

Seorang perunding kardiologi berkata, insiden itu biasanya menyebabkan kematian dan sering berlaku ketika seseorang wanita hamil.

Pasangan itu tinggal di Weeke, Winchester, dan bekerja di Southampton.

Mereka bertemu ketika bekerja dan berkahwin pada 2010.

Isabel bertugas sebagai pengurus projek teknologi maklumat dan berasal dai Zeulenroda-Triebes di tenggara Jerman. Kehamilannya berlaku selepas dia menjalani rawatan IVF. - DM

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters