Jom Buat Duit

Saturday 17 March 2012

Bobbi Kristina tunang abang angkat?

BOBBI dilihat begitu intim bersama Nick Gordon, semalam.
BOBBI dilihat begitu intim bersama Nick Gordon, semalam.

ATLANTA: Buat pertama kalinya, Bobbi Kristina dilihat di tempat awam bersama lelaki yang berjaya mengubat rasa sedihnya akibat kematian ibunya, sekali gus abang angkatnya.
Anak Whitney Houston berusia 19 tahun itu dilihat memakai sebentuk cincin di jarinya dan dikatakan bertunang secara rahsia dengan Nick Gordon, 22.

Namun begitu, nenek Bobbi, Cissy Houston, menganggap pertunangan itu adalah ikatan “sumbang.” Pasangan itu memang saling mengenali sekian lama kerana Bobbi dan Gordon membesar bersama-sama apabila Whitney mengambil pemuda itu sebagai anak angkat ketika dia berusia 12 tahun.
Ketika itu, bapa Gordon dipenjara dan ibunya tidak mampu membesarkannya.

Cissy menganggap hubungan cinta Bobbi dan Nick itu adalah satu kesalahan.

Cissy juga dikatakan pernah meminta Whitney campur tangan dalam usahanya untuk mengusir Gordon dari rumah Whitney yang berharga AS1.2 juta (RM3.6 juta) di Atlanta yang menjadi tempat pasangan itu tinggal.

Bobbi pula tidak mendengar nasihat neneknya dan memberi tahu rakannya, dia tidak peduli pandangan keluarganya terhadap hubungannya dengan Gordon. Sumber berkata, Bobbi tidak boleh memuaskan hati semua orang jadi buat pertama kalinya dia akan lakukan sesuatu yang dia mahu.

Seorang rakan memberitahu, Gordon melamar Bobbi pada hujung minggu lalu.
Seorang rakannya berkata, mereka bimbang Gordon hanya mengambil peluang ke atas Bobbi, apatah lagi dia bakal mewarisi harta ibunya sebanyak AS$10 juta (RM30.6 juta).

Gordon menambahkan lagi spekulasi mengenai status hubungan mereka apabila menulis di laman Twitter, “Ya, kami rapat!” Dia juga memuat naik gambarnya dan Bobbi di laman Twitter, minggu lalu.

Tidak cukup dengan itu, Gordon turut memberitahu peminat untuk mengikuti akaun Bobbi Kristina. - DM

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters