Jom Buat Duit

Saturday 24 March 2012

Ariel nafi akrab dengan Momo


JAKARTA: Ariel Peterpan, semalam menyangkal dakwaan dia menjalinkan hubungan dengan penyanyi kumpulan Geisha, Momo.
Pengurus Ariel, Budi Suratman berkata terlalu banyak gosip yang tidak benar dikaitkan dengan penyanyi itu, termasuklah berita mengenai hubungan cintanya dengan Momo.

“Setiap kali Ariel bertemu seseorang, dia pasti akan digosip,” kata Budi. .

Katanya, tidak kiralah siapa yang ditemui Ariel, pasti akan digosip, jadi mereka menganggap itu hanya perkara biasa.


Katanya lagi, Ariel yang kini dipenjara kerana isu video seks dengan kekasihnya, Luna Maya dan seorang lagi selebriti, Cut Tari, memang sentiasa menjadi topik perbualan orang ramai terutama mengenai hubungan cintanya.

Kerana terlalu banyak cerita mengenai percintaannya, Ariel sudah tidak mengambil berat mengenai khabar angin.

“Memang banyak media yang membuat cerita mengenai Ariel, dan kami sudah penat mahu layan, jadi nak buat bagaimana lagi?” katanya.

Dalam pada itu, Budi juga mengaku Luna sudah dua bulan tidak menjenguk Ariel.

Luna kini dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang pengusaha kafe. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters