Jurucakap Polis Jakarta, Komisioner Kanan Rikwanto berkata, “Apa yang boleh kami sahkan adalah, dia anak angkat Rano Karno.”
Katanya, polis merampas lima pil ekstasi daripada Raka dan teman wanitanya, KA.
Katanya, Raka dan KA akan didakwa kerana melanggar Undang-Undang Dadah yang boleh membawa hukuman maksimum 12 tahun penjara.
“Kedua-dua mereka ditahan di balai polis lapangan terbang,” katanya.
Raka dan KA ditahan di Bintaro, Jakarta, Selasa lalu.
Penahanannya dibuat selepas pihak kastam lapangan terbang menemui bungkusan yang diragukan yang dihantar dari Malaysia.
Pegawai kastam kemudian mendapati bungkusan itu mengandungi lima butir pil ekstasi.
Timbalan Gabenor Banten, Rano Karno yang juga bekas aktor terkenal sudah berikrar tidak akan masuk campur dalam siasatan polis terhadap anak angkatnya yang berusia 20 tahun yang dituduh memiliki dadah.
“Saya akan benarkan pihak polis menjalankan siasatan dengan penuh intergriti,” kata pelakon dan juga seorang ahli politik itu.
Namun begitu, dia berkata dia harap anaknya itu akan dihantar ke pusat pemulihan daripada dipenjarakan kerana dia hanya penagih dan bukan pengedar dadah.
Dia juga berjanji tidak akan menghampakan anak angkatnya itu.
“Saya akan bersamanya dalam saat yang sukar ini,” katanya. - Tribun News
No comments:
Post a Comment