Jom Buat Duit

Monday, 12 March 2012

Perkahwinan untuk selamatkan gadis kampung daripada jadi pelacur

VADIA (India): Lapan wanita yang ibu mereka pelacur, berkahwin di sebuah kampung yang dikenali sebagai “Kampung Pelacur” di India semalam, dalam satu rancangan untuk menyelamatkan mereka daripada dipaksa bekerja dalam pekerjaan tertua di dunia itu.
Majlis itu yang di adakan di Kampung Vadia di barat Gujerat, dianjurkan oleh Vicharta Samuday Samarthan Manch (VSSM), satu pertubuhan bebas yang bekerja sama dengan masyarakat nomad yang miskin.

Semua pengantin perempuan yang berusia 18 tahun ke atas, mengenakan sari berwarna-warni sementara pengantin lelaki pula memakai serban berekor sambil diiringi gendang yang dipalu dalam majlis itu.

Jurucakap VSSM, Mitta Patel berkata, wanita di kampung itu bekerja sebagai pelacur turun temurun dan majlis perkahwinan itu adalah untuk memecahkan kitaran eksploitasi terhadap mereka.


“Perkahwinan bermakna, gadis ini akan selamat daripada bekerja sebagai pelacur,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters